Thursday, January 7, 2010

Info tentang Warisan Mesra

Majlis Makan Malam Warisan Mesra untuk fakulti Perubatan dan Ulangtahun PERSIAP bakal diadakan pada Sabtu, 9 Januari 2009.Disebabkan kebanyakan pelajar masih konfius dengan majlis ini, jadi di sini di sampaikan beberapa informasi yang mungkin berguna untuk anda.



Tema pakaian:
BATIK dan SONGKET
tetapi jika tiada, apa-apa pun boleh
Pastikan pakaian kemas dan sopan

Pengangkutan bas:

Bas dari KTSN dan TIBE akan bertolak pada pukul 5.30 petang
Bagi sesiapa yang terlibat dengan sukaneka pada petang tersebut, bas akan bertolak dari PPUKM pada pukul 6.30 petang
Diharapkan agar anda menunggu bas tepat pada masanya untuk mengelakkan keciciran

Bas pulang selepas makan akan bertolak pada pukul 11.30 malam
Bas pulang akan menuju ke PPUKM, KTSN dan TIBE
Oleh itu, sila pastikan anda berada di dalam bas yang betul dan tidak tersalah destinasi

Semasa Program:

Sewaktu tiba di Dewan Wawasan, sila daftarkan diri anda di kaunter pendaftaran
Kaunter pendaftaran akan dibuka pada pukul 6.30 petang

Dewan Pulau Pinang akan dibuka sebagai surau dan tempat berehat untuk para pelajar
Jika terdapat pelajar yang ingin ke Jaya Jusco(bersebelahan menara PGRM) pastikan anda mendaftar dan masuk ke dalam dewan sebelum pukul 8.00 malam
(Kemasukan selepas 8.00 malam akan menyebabkan anda tidak mendapat merit)

Tempat Duduk:

Mengenai tempat duduk di sana adalah bebas(free sitting)
Siapa sampai dulu, duduk dulu
kecuali meja yang berlebal VVIP,, LACTURER, AMSA, PERSIAP, JAKSA, PENERIMA HADIAH LIGA, MC dan PERSEMBAHAN
Meja tersebut adalah tidak dibenarkan dan telah dikhaskan

Protokol bergambar:


masa yang dibenarkan untuk bergambar ialah sebelum 8.00 malam dan selepas 11.30 malam (majlis tamat)
Terdapat jurufoto khas yang akan mengambil gambar pelajar semasa sampai, di meja makan dan di atas pentas.



Berikut adalah makanan yang dihidangkan.

Dengan ini diharap agar para pelajar lebih jelas dan mandapat serba sikit info mengenai Majlis Warisam Mesra ini.

*Edited from: 2nd year's blog.