Tuesday, April 19, 2011

Kelas Dr Srijit

Kelas resit Dr.Srijit utk modul GIT akan diadakan pada 20/4/2011 di Dewan Diseksi. Datang tepat atau sebelum jam 8.00 pagi.

Berita baik...

Salam semua,

Duit JPA akan masuk sebelum bulan MEI tetapi bkn dalam minggu ini.

Sekian utk makluman :)

Monday, April 18, 2011

Yang Ditunggu-tunggu(JPA) ,Dewan Diseksi dan Kelas Resit

Salam dan hy semua,

JPA

JPA hari ini mengumumkan bahawa duit biasiswa hanya akan masuk SELEPAS kita mendaftar tahun 3 yang bermaksud selepas 16 Mei 2011.Diharap dengan pengumuman ini maka selesai lah isu 'bila JPA masuk'.

Kepada sesiapa yang sangat-sangat memerlukan wang,bolehlah membuat pinjaman daripada PERSIAP dengan menghubungi En.Firdaus Alias di talian 012-5999608

Dewan Diseksi

Dewan diseksi akan mula dibuka pada 27,28, dan 29 April jam 9 pagi sehingga 4 petang.Diharap kawan-kawan dapat memaanfaatkan sepenuhnya dewan diseksi .

Kelas Resit

Slot PM Dr Farihah ,yang akan mangajar anatomi untuk modul reproduktif sudah diCONFIRMkan.
Tarikh:21/4/2011
Masa:2.00 pm -2.30 pm
Tempat:bilik msyrt Anatomi

Untuk slot CSL ,Prof Dr Amin akan datang skali dengan Dr Amilia.So,pelajar-pelajar yang resit untuk sem 3 dan sem 4 perlu hadir sekali.

sekian,terima kasih

Thursday, April 14, 2011

Soalan dan Perubahan Jadual Kelas Resit

Salam dan hy ,soalan final semester 3 boleh didownload daripada BOX sebelah kiri ni.

Pilih folder SOALAN

kepada yg x nampak BOX kat tepi ni, boleh download kat
MediaFire


Perubahan Kelas Resit

1)Ada sedikit perubahan pada jadual kelas resit untuk module Urinary.
Kelas anatomi(DR TEOH) yang sepatutnye diadakan pada 19/4 jam 4.30pm ditukar pada 19/4 jam 12.00pm di DK1.

2)Untuk slot Mikrob Respiratory ,Dr Zalina tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu dan Dr Anita akan mengambil alih .Tarikh dan waktu masih sama.

Jika ada perubahan-perubahan lain ,akan di maklumkan nanti.
Sekian, terima kasih... :)




MASIH BELUM BAYAR?

Salam ,kepada nama-nama dibawah anda masih mempunyai hutang dengan jabatan bendahari UKM.Kalo tak bayar tak boleh meneruskan pengajian.Sila hubungi office fakulti untuk keterangan lanjut.(0392897437)

Kepada yang sudah menjelaskan bayaran,sila abaikan notis ini.

Sekian,terima kasih :)




Wednesday, April 13, 2011

JADUAL EXAM RESIT DAN JADUAL KELAS RESIT TERBARU

Salam semua,

Jadual ini adalah yang LATEST and rasanye x de lagi perubahan lepas ni.

Sekian terima kasih..


Yang kat bawah ini adalah JADUAL KELAS RESIT.
Slot-slot yang dihighlightkn bermaksud Dr dh confirmkn dan yang berwarna putih means still x confirm lg.



SILAP

Salam semua,jadual resit yang diuploadkan tadi nampaknye ada perubahan.Jadual terbaru akan diuploadkan secepat mungkin.
Maaf atas kesulitan.

sekian

Saturday, April 9, 2011

Masalah Kesihatan?

Salam semua,

Kepada mana-mana student yang ada masalah kesihatan kronik,sila hantar surat penempatan dan kepilkan bersama surat pengesahan dari doktor.

Boleh hantar by hand kepada Firdaus Alias bermula 25 April sehingga 12 Mei.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Firdaus Alias di -012-5999608

Tq :)