Tuesday, January 26, 2010

Perubahan Kelas

1. Lecture 16, 'Host-Parasite Relationship' akan ditunda kepada hari Selasa, 2 Februari 2010, jam 8-9 pagi bertempat di DK4

2. Lecture 17, 'Protozoa & Helminths' pula akan diawalkan kepada hari Rabu, 27 Januari 2010, jam 4-5 petang bertempat di DK1

3. Lecture 6, 'Environment Health Service In Malaysia' yang ditunda sebelum ini akan digantikan pada hari Jumaat, 29 Januari 2010, jam 2.30-3.30 petang bertempat di DK1

4. Semua pelajar perubatan Tahun 1 dihendaki mengundi pada pilihan raya universiti yang akan diadakan pada Khamis, 28 Januari dari jam 8 pagi-5 petang bertempat di Pusat Kembangan Pendidikan(PKP). Walaubagaimana pun, rakan-rakan digalakkkan keluar mengundi pada awal pagi kerana itu saja masa free yang kita ada. Harap Maklum.

*calon pilihan raya ialah:
a) Nasiha Binti Omar(FPER/1)
b) Faidhi(FPER/2)

*Buat la pilihan dengan bijak!HEHE. Undilah calon anda!

Tuesday, January 19, 2010

Kelas ganti

Masihkah korang semua ingat lecture 'oraganisation of immune system' oleh Dr marlyn yang tertangguh kerana 'blackout'?

Haaa..kelas ini akan diganti pada hari Khamis, 21 Januari 2010, jam 12.30 tengah hari

Harap maklum yerk. Sebarkan pada yang laen.

Monday, January 18, 2010

NEW info(3)

1. Sesi BLS :

14/1 : Group A2
2/2 : Group B2 + D2
4/2 : Group C2

2. Kelas Ganti :

Lecture 10 & 11 oleh Dr Tzar akan diadakan pada Jumaat, 22 Januari 2010, jam 2.30 - 4.3o petang.

#lecture oleh Dr Tzar pada Selasa ini jam 8 pagi telah ditunda.

Thursday, January 14, 2010

PeMbEtUlAn & PeMbErItAhUaN

Larian 1 Malaysia akan diadakan pada Ahad minggu depan, 24 Januari 2010.

#Merit dan sijil akan disediakan pada sesiapa yang hadir!

Wednesday, January 13, 2010

New Info(2)

1. Esok ada sesi Aseptic technique dari jam 2-5 petang di MPG1 bagi group C

2. Ahad, 24 Januari 2010, akan diadakan larian 1 Malaysia di kampus induk Bangi dimana semua pelajar diwajibkan untuk mengambil bahagian. Transport akan disediakan(jam 7 pagi di KTSN). Makanan juga akan disediakan.

# Harap semua pelajar tahun 1 perubatan sentiasa peka kepada info-info yang dipamerkan di blog ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Harap maklum

New Info

1. Pada hari Khamis, 14 Januari 2010, group yang terlibat tok sesi BLS ialah group A2

2. Bagi minggu ke-6(18-22 Januari 2010), tiada sesi BLS untuk hari Selasa atau Khamis.

3. Kepada sesiapa yang tidak hadir pada 2 practikal lepas, sila bagi MC atau surat tunjuk sebab(sekiranya ada) kepada Azree untuk diserahkan kepada office selewat lewatnya Khamis

Thursday, January 7, 2010

Info tentang Warisan Mesra

Majlis Makan Malam Warisan Mesra untuk fakulti Perubatan dan Ulangtahun PERSIAP bakal diadakan pada Sabtu, 9 Januari 2009.Disebabkan kebanyakan pelajar masih konfius dengan majlis ini, jadi di sini di sampaikan beberapa informasi yang mungkin berguna untuk anda.



Tema pakaian:
BATIK dan SONGKET
tetapi jika tiada, apa-apa pun boleh
Pastikan pakaian kemas dan sopan

Pengangkutan bas:

Bas dari KTSN dan TIBE akan bertolak pada pukul 5.30 petang
Bagi sesiapa yang terlibat dengan sukaneka pada petang tersebut, bas akan bertolak dari PPUKM pada pukul 6.30 petang
Diharapkan agar anda menunggu bas tepat pada masanya untuk mengelakkan keciciran

Bas pulang selepas makan akan bertolak pada pukul 11.30 malam
Bas pulang akan menuju ke PPUKM, KTSN dan TIBE
Oleh itu, sila pastikan anda berada di dalam bas yang betul dan tidak tersalah destinasi

Semasa Program:

Sewaktu tiba di Dewan Wawasan, sila daftarkan diri anda di kaunter pendaftaran
Kaunter pendaftaran akan dibuka pada pukul 6.30 petang

Dewan Pulau Pinang akan dibuka sebagai surau dan tempat berehat untuk para pelajar
Jika terdapat pelajar yang ingin ke Jaya Jusco(bersebelahan menara PGRM) pastikan anda mendaftar dan masuk ke dalam dewan sebelum pukul 8.00 malam
(Kemasukan selepas 8.00 malam akan menyebabkan anda tidak mendapat merit)

Tempat Duduk:

Mengenai tempat duduk di sana adalah bebas(free sitting)
Siapa sampai dulu, duduk dulu
kecuali meja yang berlebal VVIP,, LACTURER, AMSA, PERSIAP, JAKSA, PENERIMA HADIAH LIGA, MC dan PERSEMBAHAN
Meja tersebut adalah tidak dibenarkan dan telah dikhaskan

Protokol bergambar:


masa yang dibenarkan untuk bergambar ialah sebelum 8.00 malam dan selepas 11.30 malam (majlis tamat)
Terdapat jurufoto khas yang akan mengambil gambar pelajar semasa sampai, di meja makan dan di atas pentas.



Berikut adalah makanan yang dihidangkan.

Dengan ini diharap agar para pelajar lebih jelas dan mandapat serba sikit info mengenai Majlis Warisam Mesra ini.

*Edited from: 2nd year's blog.


Monday, January 4, 2010

Breaking News

Salam/Hi. To all attendees of Warisan Mesra 09/10 on this Saturday 9th January 2010 at PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (formerly known as HUKM), please be informed that the event will be updated from time to time. Important informations such as the SCHEDULE, VENUE, and TRANSPORTATION had been updated recently. Any changes will be informed later. On behalf of the committee of Warisan Mesra 09/10, the administrator want to thank you for your attention and support.

p/s: To all medical students (especially 1st and 2nd year) please make sure that you had contact your dear buddies in KTDI before the programme for temporary residental purposes.

written by: EXCO PERHUBUNGAN & PUBLISITI WARISAN MESRA 09/10

Kelas ganti

Lecture 'Environment, Ecosystem & Health' yang ditangguhkan pada minggu lepas akan digantikan pada selasa, 5 Januari 2010 pada jam 11 pagi.

Harap maklum.

Sukaneka Warisan mesra

Sehubungan dengan pertandingan tarik tali yang merupakan salah satu acara dalam sukaneka warisan mesra, Mintak kerjasama 15 orang lelaki dan perempuan yang berminat untuk mewakili batch first year dalam pertandingan tarik tali ini. So, sesapa yang berminat, boleh bagi nama kepada zulbahari(lelaki) & kamilah(perempuan)