Pada sabtu yang lepas iaitu pada 24 oktober 2009 telah diadakan Warisan Mesra bertempat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan di siang hari seperti pertandingan futsal, bola jaring manakala di malam harinya diadakan forum.
Apa yang ingin disebut disini ialah penglibatan pelajar pra-klinikal dalam Warisan Mesra. Dilaporkan hanya tidak sampai 200 orang hadir pada malam itu dan hanya 13% daripada pelajar tahun 1 hadir. Memang jumlah itu benar2 sedikit.
Memang kita semua patut disalahkan tetapi dari pandangan penulis sendiri, pihak yang menyalahkan kita itu tidak sepatutnya menyalahkan kita 100% dan melabelkan kita 'kurang hormat' terhadap buddy mereka. Semua orang punya sebab tersendiri dan memang diakui segelintir daripada kami sengaja tidak hadir.
Sepatotnya perkara ini tidak perlulah dibincang ditempat umum seperti di Facebook. Ini mendedahkan lagi kelemahan kita. Berbincang lah secara tertutup kerana itu lebih elok. Tidak perlulah menyatakan tidak puas hati anda di laman web seperti Facebook.
Pernahkah kami pelajar pelajar junior memburukkan nama senior di facebook?Fikir-fikirkan lah.
Sebagai penutup, penulis memohon maaf sekiranya ada apa yang ditulis ini menyakitkan hati sesiapa. Ampun dan maaf dipinta.