Friday, October 30, 2009
Renungan Jumaat
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: sumaaqso
Editor: RosNiza Abdullah
“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni”
“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”
Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.
“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”
“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”
“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.
“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.
“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.
“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.
Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”
“Tak buat apa-apa”
“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.
“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”
“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.
“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?
“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”
“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.
Pengajaran:
Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.
Thursday, October 29, 2009
Exam?
exam HM/HL akan diadakan pada Sabtu ini, 31 oktober 2009 bertempat di Pusat Perkembangan Pelajar, Tingkat 2 di KTSN. Exam bermula jam 8.30 pagi sampai 9.30 pagi
MAnakala exam english akan diadakan pada Isnin, 2 November 2009 bertempat di Dewan Serbaguna KTSN. Waktu exam ialah 12.00 tengah hari - 2.00 petang.
Makesure anda kunci jam!jangan sampai tertido. Tolong tgkkan roomate anda yang kuat tido tu especially tok exam HM/HL. Sama-samalah kita menjayakan zero repeater campaign. :D
Dan pada haari Isnin ini jugak, 2 November 2009 akan diadakan taklimat peperiksaan bertempat di DK 1 jam 8 pagi - 9 pagi. Mohon kerjasama semua tok hadir yerk. Penting nieh.
Keberkatan itu penting dalam apa saja yang kita wat especially sebagai medical student. Effectnya mungkin akan datang kemudian kalo x da keberkatan dalam ape yang kita lakukan. Tunggu dan lihat. Dan janganlah kamu menyesal kemudian hari.
(pesanan daripada AliF)
Monday, October 26, 2009
Borang SPKG
http://www.2shared.com/file/8690374/89241cab/Resume.html
Semua pelajar hendaklah menghantar borang ini siap diisi tow dan di print kepada ketua PBL masing2 selewat lewatnya Rabu ini (28 oktober 2009)
thanx to Ezri Asyraf kerana mengupload file ini. Jasa anda akan kami kenang. Sayang ko lebey(Trademark alif)
Warisan Mesra
Apa yang ingin disebut disini ialah penglibatan pelajar pra-klinikal dalam Warisan Mesra. Dilaporkan hanya tidak sampai 200 orang hadir pada malam itu dan hanya 13% daripada pelajar tahun 1 hadir. Memang jumlah itu benar2 sedikit.
Memang kita semua patut disalahkan tetapi dari pandangan penulis sendiri, pihak yang menyalahkan kita itu tidak sepatutnya menyalahkan kita 100% dan melabelkan kita 'kurang hormat' terhadap buddy mereka. Semua orang punya sebab tersendiri dan memang diakui segelintir daripada kami sengaja tidak hadir.
Sepatotnya perkara ini tidak perlulah dibincang ditempat umum seperti di Facebook. Ini mendedahkan lagi kelemahan kita. Berbincang lah secara tertutup kerana itu lebih elok. Tidak perlulah menyatakan tidak puas hati anda di laman web seperti Facebook.
Pernahkah kami pelajar pelajar junior memburukkan nama senior di facebook?Fikir-fikirkan lah.
Sebagai penutup, penulis memohon maaf sekiranya ada apa yang ditulis ini menyakitkan hati sesiapa. Ampun dan maaf dipinta.
Sunday, October 25, 2009
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA
Inila pengarah program, Tok where. Handsome kan?
Sempat lagi posing~.~
Lupa lak, Ada la beberapa orang tetamu yg dijemput seperti Khairul Azreen, dan Idrul. Kedua-duanya merupakan wakil BBA second year.Lepas selesai ja makan, ada la aktiviti yang dijalankan seperti cabutan bertuah dan pantun. Tapi yang paling best ialah pantun. Saling jual dan beli antara kaun Adam dan Hawa. Sekaepas sengit bertarung, pihak lelaki menang sekaligus Khairi Salleh dinobatkan pemantun terbaek . Hahaha. Wat kaum Hawa, cuba lagi taun depan. Ngee~.~
Makan jangan tak makan. Makan sampai abih
Thanx gak diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dlm mnjayakan majlis ini. Taun depan kita wat lagik!Of course lg gempaknya. Kita jmpot PM lak!
Organisasi BBA 09/10
Inilah organisasi Badan Bertindak Akademik(BBA) pelajar perubatan UKM tahun 1 bagi sesi 2009/2010. Mereka ini merupakan tulang belakang kepada penubuhan BBA ini yang baru setahun jagung. Walaupun sesetengah daripada merekan telah meninggalkan BBA atas alasan Tertentu dan telah digantikan dengan pelajar laen, khidmat mereka akan senantiasa dikenang.