Tajuk kuliah : Aidiladha Penceramah : ustaz nabiqh abu samah Waktu : 8 malam (selepas solat maghrib berjemaah) Tempat : Ar Razi Musolla, KTDI
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua muslim dan muslimat.
Semoga Allah melimpahkan cinta Nabi Ibrahim AS kepada Allah ke dalam
jiwa dan diri kita sehingga ke akhir hayat.
“Taqobbalallahu minna wa minkum” (Semoga Allah menerima amalku dan amal kal
Sekalung ucapan tahniah atas kejayaan sahabat-sahabat yang telah berjaya dalam peperiksaan semester 7 baru-baru nie. Kepada yang kurang bernasib baik, masih ada peluang dan usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk sama-sama kita menyarung jubah merah impian bersama-sama.
Ambil lah seberapa banyak saat dan ketika untuk memupuk kembali semangat juang sepanjang menempuh semester ini. Kegagalan bukan lah titik noktah kepada perjalanan kita yang panjang ini.
Kadang-kadang kegagalan itu diberi untuk menguji dan menjadikan diri kita lebih kuat dan memperbaiki diri sendiri. Sesungguhnya tuhan sangat menyayangi kita. Dia memberi kejayaan dan kegagalan untuk mendekatkan diri ini kepadaNya. Dia sentiasa bersama orang-orang yang berusaha dan tidak berputus asa memohon kepadaNya.
Untuk perjuangan semester baru, semester ke-8,
Mulakan semester ini dengan azam yang kuat, tetapkan pendirian dan matlamat kita. Buat persediaan awal untuk subjek-subjek di semester ini. Perbaiki diri dalam segala aspek. Jadikan diri kita lebih baik dari semalam.
Bantu kawan-kawan yang kurang. Jangan jadikan diri kita umpama jam loceng tanpa bateri. Cantik dipandang tapi tidak bermanfaat. Ambil tips-tips kejayaan daripada kawan yang dah ambil posting tersebut. Belajar tips kejayaan daripada mereka, dan belajar juga beberapa kesalahan mereka. Dari situ kita akan sama-sama improve diri antara satu sama lain.
Insyallah, kejayaan untuk semester ini adalah untuk semua kawan-kawan.
Selamat berusaha,
Selamat menempuh semester yg penuh cabaran. Berikan sepenuh komitmen dan usaha anda sepanjang semester ini. Anda boleh seandainya anda yakin dengan diri anda. Salam Kejayaan untuk semua. Dari seorang kawan, untuk kawan-kawan yg disayangi.