Assalamualaikum
Bila terpandang sekeping lakaran seperti diatas, diri tertanya-tanya akan posisi diri dalam menjadi sebahagian daripada orang lain. Dapatkah kita saling bergantung antara satu sama lain, disaat senang dan susah? Dapatkah kita menjadi seorang yang kuat untuk membantu orang lain disaat diri kita sendiri terkadang terjerat dengan perangkap samar ini?
Jangan lupa kuatkan diri untuk membantu orang lain
Jadilah seperti lukisan kartun diatas..
saling membantu bila ada yang tidak berdaya
saling mempercayai bila tiada harapan
kerana harapan itu pasti
Kenyataan itu ciptaan.
Ciptalah kenyataan diri kita dari harapan yang diimpikan.
4 tahun bersama
Semoga ukhwah antara kita tidak akan pudar
Sudah banyak yang kita lalui bersama
tiada siapa yang lemah
tiada siapa yang kuat
kita sama
kerana diakhir hayat kita nanti
setiap diri akan dihisab dan dihitung
walaupun keburukan sekecil biji sawi
walaupun kebaikan sekadar lintasan niat
rakan selamanya