Thursday, August 26, 2010

News

1. Poster ppd PBL 1-10 boleh diturunkan dan poster PBL 11-20 boleh dinaikkan pada Khamis, 26 Ogos 2010.

2. Group CSL C yang akan pergi CSL procedure, tolong ambil sticker kat klinik warga sbebelom bermulanya sesi CSL.

3. Ketua PBL ada meeting dengan prof nabishah di bilik mesyuarat depan offfice akademik pada jam 8 pagi, 26 OGOS 2010.

Friday, August 20, 2010

Seminar PPD

1. Berkaitan dengan poster, Dr. Norazlin cakap poster tu berkaitan sub-topic tajuk yang telah kita pilih(E.g. Effect of disease), BUKANNYA tentang program yang kita buat( E.g. Nama program, tarikh program, aktiviti program)


2. Bagi group 1-10, anda diminta melekatkan poster anda di papan pameran yang akan disediakan di foyer DK 1 pada hari Isnin, 23 Ogos 2010

Pertukaran Kelas Sempena cuti raya


TAJUK LECTURE/*PRACTIKAL
WAKTU ASAL KELAS
WAKTU PINDAAN KELAS
TEMPAT
DRUG USED FOR TREATMENT OF ASTHMA AND COAD
RABU, 15 SEPTEMBER 2010
9.00-10.00 PAGI
ISNIN, 30 OGOS 2010
11-12 TENGAH HARI
DK1
CHRONIC OBSTRUCTIVE AIRWAYS DISEASE
RABU, 15 SEPTEMBER 2010
8.00-9.00 PAGI
RABU, 1 SEPTEMBER 2010
9.00-10.00 PAGI
DKI
*LUNG CARCINOMA
RABU, 15 SEPTEMBER 2010
10.30-12.30 TENGAH HARI
JUMAAT, 3 SEPTEMBER 2010
2.30-4.30 PETANG

MPG

*Bagi sesi PBL dan CSL, Ketua PBL bertanggungjawab menguruskan penukaran waktu.



*Jadual ini dah confirm. Harap maklum

Wednesday, August 11, 2010

PENGANGKUTAN UNTUK KE KAUNSELING BERSAMA PIHAK JPA

Tarikh : 13 Ogos 2010
Masa : 7.30 pagi
Tempat Menunggu Bas : Kampus Kuala Lumpur (TIBE)*

*Untuk penghuni KTSN 1, sila naik shuttle ke fakulti, tiada bas terus ke Bangi dari KTSN 1
*Sila hadir awal

Sebarang pertanyaan, sila hubungi
Hanif Ibrahim, 01330732182 (Exco KCKL PERSIAP)

PERINGATAN

sila jawab ujian khas JPA (sebelum 13/8) di www.interactive.jpa.gov.my/ukbp

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Ramadhan yang penuh barakah telah pun tiba. Tingkatkan lah ibadah, carilah keredhaan Allah, berpuasalah dengan seikhlas hati, moga-moga kamu menjadi orang yang bertakwa. Ingat lah, kekuatan rohani untuk rakan-rakan sekalian mengharungi setahun yang akan datang bergantung pada apa yang kamu lakukan dalam bulan Ramadhan ini. 

Kami daripada pihak BBA tahun 2 mengucapkan Selamat menunaikan rukun islam yang ketiga di dalam bulan yang penuh barakah ini kepada semua muslimin dan muslimat. Renung-renungkan lah artikel ini:

“Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”

Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.


Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.

Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.

Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.

Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Inilah puasa yang hakiki..

Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku.

Glosari:

1) syuruk: waktu terbit matahari
2) ghurub: waktu terbenam matahari

Sumber : iluvislam.com

Monday, August 9, 2010

End of modul exam (CVS)

End of modul exam bagi CVS akan diadakan di TIBE jam 8.30 pagi. Rakan-rakan dihendaki berada di tempat peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan bermula. Harap maklum

Perhatian kepada pelajar tajaan JPA

Kepada nama yang tersenarai untuk sesi kaunseling bersama pihak JPA, sila jawab ujian khas JPA (sebelum 13/8) di www.interactive.jpa.gov.my/ukbp. Sekali lagi diingatkan, anda perlu hadir pertemuan dengan JPA pada 13/8 di UKM bangi. Pengangkutan akan di sediakan.

Harap Maklum.

Friday, August 6, 2010

Sesi Kounseling bersama JPA

Sesi kounseling bersama akan diadakan pada JUMAAT, 13 OGOS 2010, bertempat di Auditorium Siswa, Pusanika, UKM bangi pada jam 9 pagi.

Semua pelajar yg tersenarai, WAJIB hadir. jika tidak tindakan tatatertib akan dikenakan (mungkin pinjaman kita boleh ditarik balik). Pihak Persiap akan menyediakan pengangkutan daripada KTDI dan KTSN. Surat perlepasan kelas/kuliah/ward round akan diberikan bagi mereka yg terlibat. 
Harap maklum
Sumber : Facebook PERSIAP UKM. 





 

Thursday, August 5, 2010

MES 6 ogos 2010

MES untuk 6 Ogos 2010 akan dibahagikan kepada 2 group mengikut makmal.

Makmal 1-6, MES akan bermula pada jam 9-10 pagi.
Makmal 7-13, MES akan bermula pada jam 10-11 pagi.

harap maklum. Terima Kasih.

Monday, August 2, 2010

Dari ketua BBA

 Borang darah hendaklah dipulangkan bersama surat pengesahan dari ofice ESOK, 3 OGOS 2010 selewat-lewatnya jam 9 pagi kepada Azree melalui ketua PBL masing-masing. Hal ini kerana borang tersebut akan dihantar ke HUKM. CSL group B tlg siapkan surat tersebut esok jugak. Sesiapa yang tidak hantar surat itu esok dihendaki menghantar sendiri surat tersebut ke HUKM dan sekiranya berlaku masalah, itu adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap maklum. Terima Kasih.

Azree Elmy